Kg.Kemburongoh terletak kira-kira 25km
dari Pekan Ranau. Kampung ini termasuk dalam
DUN Karanaan.
DUN Karanaan.
Sekitar
tahun akhir tahun 1880-an, Sebuah keluarga yang diketuai oleh Encik Sembul
berasal
dari Kg.Pengasaan, Waang dan berkampung ditepi sebuah sungai yang bernama Sungai
Kemburongoh. Nama Kemburongoh berasal dari sejenis pokok yang digunakan untuk acara
ritual pada masa dahulu. Menurut lagenda sungai Kemburongoh mendapat namanya dari penunggu
hutan kawasan. Pada masa itu, sekumpulan pemburu yang sedang mencari kawan mereka
memanggil-manggil dan bertanya di mana kedudukan mereka telah terdengar suara memberi tahu
bahawa rakan mereka berada di tepi sungai “Kemburongoh”. Semenjak itu, sungai tersebut
dinamakan dengan Sungai Kemburongoh dan penduduknya dipanggil orang Kemburongoh.
Setelah tinggal beberapa lama di tepi sungai Kemburongoh, keluarga tersebut menjadi semakin
ramai. Manakala hasil buruan mereka semakin berkurangan untuk menampung kehidupan
mereka sekeluarga. Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk berpindah ke seberang sungai
di atas bukit yang dinamakan “Bukit Togung” yang masih mempunyai hutan tebal dan masih
terdapat banyak binatang buruan dan “damar”. Yang terdapat di kawasan ini.
Satu wabak penyakit menular di kawasan perkampungan Bukit Togung yang menyebabkan
kematian yang ramai dikalangan penduduk. Menurut kepercayaan penduduk, penyakit
ini telah disebabkan oleh penunggu. Ramai penduduk kampung yang mati kerana tidak dapat
diubati. Mereka yang terselamat mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih baru,
iaitu di satu kawasan sebelah bawah bukit tersebut. Oleh kerana petempatan yang baru belum
mempunyai nama, maka mereka menamakan kawasan tersebut sempena memperingati
tempat perkampungan awal mereka iaitu “Kg Kemburongoh.” Sehingga kini nama
Kemburongoh terus digunakan.