Tentang Kami


SEJARAH PENUBUHAN KG. KEMBURONGOH



Kg.Kemburongoh terletak kira-kira 25km dari Pekan Ranau. Kampung ini termasuk 
dalam DUN Karanaan.



Sekitar tahun akhir tahun 1880-an, Sebuah keluarga yang diketuai oleh Encik Sembul berasal dari Kg.Pengasaan, Waang dan berkampung ditepi sebatang  sungai yang bernama Sungai Kemburongoh. Nama Kemburongoh berasal dari sejenis pokok yang digunakan untuk acara ritual pada masa dahulu.  Menurut lagenda, sungai Kemburongoh mendapat namanya dari penunggu hutan kawasan. Pada masa itu, sekumpulan pemburu yang sedang mencari kawan mereka  memanggil-manggil dan bertanya di mana kedudukan mereka telah terdengar suara memberi tahu bahawa rakan mereka berada di tepi sungai “Kemburongoh”. Semenjak itu, sungai tersebut dinamakan dengan Sungai Kemburongoh dan penduduknya dipanggil orang Kemburongoh.


Setelah tinggal beberapa lama di tepi sungai Kemburongoh, keluarga tersebut menjadi 
semakin ramai. Manakala hasil buruan mereka semakin berkurangan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk berpindah
 ke seberang sungai di atas bukit yang dinamakan “Bukit Togung” yang masih mempunyai 
hutan tebal dan  masih terdapat banyak binatang buruan dan “damar”. Yang terdapat di kawasan ini.

Satu wabak penyakit menular di kawasan perkampungan Bukit Togung yang menyebabkan kematian yang ramai dikalangan penduduk. Menurut kepercayaan penduduk, penyakit ini
 telah disebabkan oleh penunggu.  Ramai penduduk kampung yang mati kerana tidak dapat diubati.  Mereka yang terselamat mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang
 lebih baru, iaitu di satu kawasan sebelah bawah bukit tersebut. Oleh kerana petempatan 
yang baru belum mempunyai nama, maka mereka menamakan kawasan tersebut sempena memperingati tempat perkampungan awal mereka iaitu “Kg Kemburongoh.” Sehingga kini
 nama Kemburongoh terus digunakan.

0 comments:

Post a Comment