16 SEPT 2018 (AHAD) - Alhamdulillah, dengan kerjasama KRT Kg Kemburongoh, program Kembara Merdeka 2018 telah berjaya dijalankan dengan lancarnya. Peserta kembara/ konvoi ini disertai oleh golongan belia Kg Kemburongoh.
Laluan asal yang dilalui semasa kembara merdeka adalah
laluan Jalan Telipok-Ranau. Walaubagaimanapun, laluan kembara merdeka ini
terpaksa dipendekkan atas sebab cuaca serta keadaan jalan raya yang tidak
selamat untuk dilalui. Meskipun berdepan situasi yang tidak dijangka, para peserta
konvoi tetap meneruskan perjalan dan berjaya pulang dengan selamat.
![]() |
| Gotong royong menyediakan bekalan makanan untuk para peserta konvoi |
![]() |
| Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan |











