Saturday, 9 February 2019

Kursus Membuat Bun KG Kemburongoh: Praktikal & Teori




28 DEC 2018 (JUMAAT): Kelas membuat bun secara praktikal dan teori telah berjaya dilaksanakan di Kg Kemburongoh yang secara khususnya mensasarkan penyertaan dari penduduk Kampung Kemburongoh. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus membuat bun dan diajar oleh Encik Ramlin, seorang pengajar yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk kampung . Yuran yang dikenakan hanyalah RM30 setiap orang. Antara pengisian kelas membuat bun termasuklah cara dan tips membuat lima (5) jenis bun iaitu mini pizza, Ampang Roll Bun, Raisin Mexico Bun, Coconut Bun dan Black & White Bun.


Jenis-jenis bun yang diajar


Pendedahan kelas membuat bun ini secara tidak langsung akan melatih para peserta untuk menghasilkan bun yang gebu, sedap dan tips-tips rahsia. Selain itu, pelaksanaan kursus ini juga membantu para peserta untuk berjinak di dalam memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual bun. 















Hasil lima (5) jenis bun yang dipelajari






Monday, 24 September 2018

Kembara Merdeka Kg. Kemburongoh 2018





16 SEPT 2018 (AHAD) - Alhamdulillah, dengan kerjasama KRT Kg Kemburongoh, program   Kembara Merdeka 2018 telah berjaya dijalankan dengan lancarnya. Peserta kembara/ konvoi ini disertai oleh golongan belia Kg Kemburongoh. 

Laluan asal yang dilalui semasa kembara merdeka adalah laluan Jalan Telipok-Ranau. Walaubagaimanapun, laluan kembara merdeka ini terpaksa dipendekkan atas sebab cuaca serta keadaan jalan raya yang tidak selamat untuk dilalui. Meskipun berdepan situasi yang tidak dijangka, para peserta konvoi tetap meneruskan perjalan dan berjaya pulang dengan selamat.


Gotong royong menyediakan bekalan makanan untuk para peserta konvoi

Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan













Saturday, 12 May 2018

Kursus Komputer KG Kemburongoh


Kelas komputer kg kemburongoh telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak JPSM yang berlangsung pada setiap hujung minggu sepanjang bulan april 2018.

Kelas komputer ini adalah PERCUMA dan ianya mensasarkan penyertaan penduduk kg sendiri baik dari golongan muda hingga ke tua. walaubagaimana pun, penyertaan penduduk dari kampung berdekatan juga dialu-alukan. Kursus komputer ini berlangsung selama 4 hari dan dibahagikan kepada 4 kumpulan sesi berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap program kelas komputer ini.  Kursus ini diadakan di bilik gerakan kg kemburongoh yang dijalankan pada sebelah pagi hingga petang bagi sesi 1 dan 3 manakala pada sebelah petang hingga malam bagi sesi 2 dan 4 bagi memberi laluan kepada pelajar sekolah menghadiri sesi persekolahan pada sebelah pagi.

Fokus utama program kelas komputer ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta kursus berkaitan kegunaan, kepentingan serta cara penggunaan komputer dan perisian yand terdapat pada komputer itu sendiri. Kelas komputer ini diadakan secara kelas amali menggunakan sumber kemudahan komputer yang membantu memudahkan para peserta kursus untuk belajar secara langsung topik yang diajar daripada tenaga pengajar yang didatangkan khas daripada JPSM. Antara topik yang ditekankan semasa kelas komputer adalah seperti:
  • Microsoft word
  • Microsoft powerpoint
  • Microsoft excel

Selain itu,peserta kursus juga dibekalkan dengan buku panduan penggunaan fungsi komputer secara percuma yang merangkumi langkah-langkah penggunaan perisian Microsoft secara teori.

Kumpulan peserta Kursus Komputer SESI 1

Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 2

Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 3


















Tuesday, 19 December 2017

Gotong Royong membersihkan Kawasan Sempadan





19 DIS 2017 (Selasa) – Aktiviti gotong royong untuk membersihkan sempadan antara kg Kemburongoh dan kg waang. Gotong Royong ini melibatkan kerjasama antara penduduk kg kembo dan kg waang bagi sama-sama membersihkan kawasan sempadan yang telah ditetapkan.

Selain itu, antara aktiviti lain yang turut dilaksanakan adalah seperti memasak serta memasang khemah di sungai.