Kelas komputer kg kemburongoh telah berjaya dilaksanakan
dengan kerjasama daripada pihak JPSM yang berlangsung pada setiap hujung minggu
sepanjang bulan april 2018.
Kelas komputer ini adalah PERCUMA dan ianya mensasarkan penyertaan
penduduk kg sendiri baik dari golongan muda hingga ke tua. walaubagaimana pun,
penyertaan penduduk dari kampung berdekatan juga dialu-alukan. Kursus komputer ini
berlangsung selama 4 hari dan dibahagikan kepada 4 kumpulan sesi berikutan
sambutan yang menggalakkan terhadap program kelas komputer ini. Kursus ini diadakan di bilik gerakan kg
kemburongoh yang dijalankan pada sebelah pagi hingga petang bagi sesi 1 dan 3
manakala pada sebelah petang hingga malam bagi sesi 2 dan 4 bagi memberi laluan
kepada pelajar sekolah menghadiri sesi persekolahan pada sebelah pagi.
Fokus utama program kelas komputer ini adalah untuk
memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta kursus berkaitan kegunaan,
kepentingan serta cara penggunaan komputer dan perisian yand terdapat pada
komputer itu sendiri. Kelas komputer ini diadakan secara kelas amali
menggunakan sumber kemudahan komputer yang membantu memudahkan para peserta
kursus untuk belajar secara langsung topik yang diajar daripada tenaga pengajar
yang didatangkan khas daripada JPSM. Antara topik yang ditekankan semasa kelas
komputer adalah seperti:
- Microsoft word
- Microsoft powerpoint
- Microsoft excel
Selain itu,peserta kursus juga dibekalkan dengan buku
panduan penggunaan fungsi komputer secara percuma yang merangkumi
langkah-langkah penggunaan perisian Microsoft secara teori.
![]() |
| Kumpulan peserta Kursus Komputer SESI 1 |
![]() |
| Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 2 |
![]() |
| Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 3 |



















Terbaik! Pendekatan dan pendedahan itu sangat penting..
ReplyDelete