Monday, 24 September 2018

Kembara Merdeka Kg. Kemburongoh 2018





16 SEPT 2018 (AHAD) - Alhamdulillah, dengan kerjasama KRT Kg Kemburongoh, program   Kembara Merdeka 2018 telah berjaya dijalankan dengan lancarnya. Peserta kembara/ konvoi ini disertai oleh golongan belia Kg Kemburongoh. 

Laluan asal yang dilalui semasa kembara merdeka adalah laluan Jalan Telipok-Ranau. Walaubagaimanapun, laluan kembara merdeka ini terpaksa dipendekkan atas sebab cuaca serta keadaan jalan raya yang tidak selamat untuk dilalui. Meskipun berdepan situasi yang tidak dijangka, para peserta konvoi tetap meneruskan perjalan dan berjaya pulang dengan selamat.


Gotong royong menyediakan bekalan makanan untuk para peserta konvoi

Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan













Saturday, 12 May 2018

Kursus Komputer KG Kemburongoh


Kelas komputer kg kemburongoh telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak JPSM yang berlangsung pada setiap hujung minggu sepanjang bulan april 2018.

Kelas komputer ini adalah PERCUMA dan ianya mensasarkan penyertaan penduduk kg sendiri baik dari golongan muda hingga ke tua. walaubagaimana pun, penyertaan penduduk dari kampung berdekatan juga dialu-alukan. Kursus komputer ini berlangsung selama 4 hari dan dibahagikan kepada 4 kumpulan sesi berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap program kelas komputer ini.  Kursus ini diadakan di bilik gerakan kg kemburongoh yang dijalankan pada sebelah pagi hingga petang bagi sesi 1 dan 3 manakala pada sebelah petang hingga malam bagi sesi 2 dan 4 bagi memberi laluan kepada pelajar sekolah menghadiri sesi persekolahan pada sebelah pagi.

Fokus utama program kelas komputer ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta kursus berkaitan kegunaan, kepentingan serta cara penggunaan komputer dan perisian yand terdapat pada komputer itu sendiri. Kelas komputer ini diadakan secara kelas amali menggunakan sumber kemudahan komputer yang membantu memudahkan para peserta kursus untuk belajar secara langsung topik yang diajar daripada tenaga pengajar yang didatangkan khas daripada JPSM. Antara topik yang ditekankan semasa kelas komputer adalah seperti:
  • Microsoft word
  • Microsoft powerpoint
  • Microsoft excel

Selain itu,peserta kursus juga dibekalkan dengan buku panduan penggunaan fungsi komputer secara percuma yang merangkumi langkah-langkah penggunaan perisian Microsoft secara teori.

Kumpulan peserta Kursus Komputer SESI 1

Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 2

Kumpulan Peserta Kursus Komputer SESI 3