Admin kembali lagi untuk berkongsi aktiviti menarik komuniti
Kg kemburongoh. Pada 19 Mac yang lalu, aktiviti pembukaan Tagal telah
dijalankan di sungai kenipir Kg Kemburongoh. So, berduyun-duyun la penduduk kampung
turun padang memeriahkan aktiviti ni.
Siap gotong royong lagi kasi bersih kawasan sungai.
Sebenarnya Sistem Tagal di kampung
ni sudah mula dilaksanakan sejak 3 tahun yang lepas. Banyak sebenarnya
kebaikan Tagal ni antaranya dapat memelihara dan mengekalkan ekosistem sungai
di samping memulihara spesis ikan sungai.
Sambil sambil mencoret, sempat la juga admin search ilmu
pasal tagal ni. Tagal ni sebenarnya satu sistem atau kaedah pengurusan biosfera
yang popular di Sabah. Dalam
erti kata lain, penguatkuasaan penjagaan hidupan
sungai. Itu yang admin faham la setakat ni. So, klu ada yang salah informasi
tu, jangan segan kongsi. Apa2 pun
aktiviti macam ni admin suka sangat sebab bukan sahaja memupuk semangat
bekerjasama tapi juga semangat mencintai alam sekitar. Bagus bagus bagus