Admin sekadar berkongsi aktiviti kursus penternakan Madu Kelulut yang dijalankan sekitar bulan Mac yang lepas. Kursus selama 4 hari ini
dijalankan di kg Kemburongoh dengan sasaran peserta yang mostly terdiri
daripada belia Kg Kemburongoh.
What shocks me the most is the fact that this madu kelulut
actually has a lot of benefits to offer especially in medicinal side macam mengurangkan
kerosakan fungsi ginjal, menguatkan tulang, merawat ulser diabetes dan banyak
lagi la. Tambahan fakta yang admin pun baru tau iaitu madu kelulut ni
sebenarnya mengandungi asid felonik yang berguna kepada tubuh badan manusia dan
ia juga bertindak sebagai bahan antikanser, asma dan antitumor.. wow. Betapa
besar khasiat madu kelulut ni. No wonder la serangga kecil ini ada di sebut di
dalam Fiman Allah s.w.t iaitu dalam
Surah An-Nahl, yang mana lebah ni mengandungi penawar bagi pelbagai jenis
penyakit.
Semoga dengan anjuran kursus seperti ini akan memantapkan
lagi pengetahuan dan kemahiran para belia dalam menternak dan menghasilkan madu
kelulut yang berkualiti. Sepa tau kalau usaha berterusan boleh terus buka
bisnes dari kecil-kecilan jadi besar-besaran. Who knows kan. Rezeki ada dimana2
Cuma masa dan tempat tu kita kena usaha la untuk realisasikannya.
P/s: bole tahan siap jadi liputan akhbar rupanya kursus ni.
Apa2 pun tahniah diucapkan kepada para belia yang mengikuti kursus menternak
madu kelulut ni




0 comments:
Post a Comment