Wednesday, 3 May 2017

Pembukaan Tagal Kg Kemburongoh


Admin kembali lagi untuk berkongsi aktiviti menarik komuniti Kg kemburongoh. Pada 19 Mac yang lalu, aktiviti pembukaan Tagal telah dijalankan di sungai kenipir Kg Kemburongoh. So, berduyun-duyun la penduduk kampung turun padang memeriahkan aktiviti ni.


Siap gotong royong lagi kasi bersih kawasan sungai. Sebenarnya Sistem Tagal di kampung 
ni sudah mula dilaksanakan sejak 3 tahun  yang lepas. Banyak sebenarnya kebaikan Tagal ni antaranya dapat memelihara dan mengekalkan ekosistem sungai di samping memulihara spesis ikan sungai.


Sambil sambil mencoret, sempat la juga admin search ilmu pasal tagal ni. Tagal ni sebenarnya satu sistem atau kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Dalam 
erti kata lain, penguatkuasaan penjagaan hidupan sungai. Itu yang admin faham la setakat ni. So, klu ada yang salah informasi tu, jangan segan kongsi.  Apa2 pun aktiviti macam ni admin suka sangat sebab bukan sahaja memupuk semangat bekerjasama tapi juga semangat mencintai alam sekitar. Bagus bagus bagus






0 comments:

Post a Comment