Tuesday, 23 May 2017

Majlis Anugerah Desa Perdana 2017





Majlis Anugerah Desa Perdana peringkat Daerah Ranau 2017 telah pun selamat dilaksanakan pada 22 Mei 2017 bertempat di Rest House Ranau. Sebanyak 3 buah kampung yang menyertai pertandingan Desa Perdana ni. Ada 8 aspek juga yang di nilai sepanjang pertandingan ni. Keputusan akhir Anugerah Desa Perdana 2017:

Johan: Kg Singgaron Ranau (wakil ke peringkat Negeri)
Naib Johan: Kg Kemburongoh Ranau
Ketiga: Kg Kibbas Ranau

Ini adalah penyertaan buat kali pertama bagi Kg Kemburongoh dan juga Kg Kibbas. Next penyertaan mungkin boleh suda bersaing untuk merebut tempat Johan. InshaAllah, 




















Wednesday, 3 May 2017

Pembukaan Tagal Kg Kemburongoh


Admin kembali lagi untuk berkongsi aktiviti menarik komuniti Kg kemburongoh. Pada 19 Mac yang lalu, aktiviti pembukaan Tagal telah dijalankan di sungai kenipir Kg Kemburongoh. So, berduyun-duyun la penduduk kampung turun padang memeriahkan aktiviti ni.


Siap gotong royong lagi kasi bersih kawasan sungai. Sebenarnya Sistem Tagal di kampung 
ni sudah mula dilaksanakan sejak 3 tahun  yang lepas. Banyak sebenarnya kebaikan Tagal ni antaranya dapat memelihara dan mengekalkan ekosistem sungai di samping memulihara spesis ikan sungai.


Sambil sambil mencoret, sempat la juga admin search ilmu pasal tagal ni. Tagal ni sebenarnya satu sistem atau kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Dalam 
erti kata lain, penguatkuasaan penjagaan hidupan sungai. Itu yang admin faham la setakat ni. So, klu ada yang salah informasi tu, jangan segan kongsi.  Apa2 pun aktiviti macam ni admin suka sangat sebab bukan sahaja memupuk semangat bekerjasama tapi juga semangat mencintai alam sekitar. Bagus bagus bagus






Kursus Penternakan Madu Kelulut



Admin sekadar berkongsi aktiviti kursus penternakan Madu Kelulut yang dijalankan sekitar bulan Mac yang lepas. Kursus selama 4 hari ini dijalankan di kg Kemburongoh dengan sasaran peserta yang mostly terdiri daripada belia Kg Kemburongoh.


Admin pun sebenarnya baru pertama kali dengar pasal madu kelulut ni. Selalu dengar orang sebut madu seja tapi xtau madu jenis apa.. ha ha ha.. actually madu kelulut ni pun dihasilkan oleh lebah juga namun bukan dari kelopmpok lebah madu tapi lebah kelulut. Tu pasal madu ni dikenali sebagai madu kelulut

What shocks me the most is the fact that this madu kelulut actually has a lot of benefits to offer especially in medicinal side macam mengurangkan kerosakan fungsi ginjal, menguatkan tulang, merawat ulser diabetes dan banyak lagi la. Tambahan fakta yang admin pun baru tau iaitu madu kelulut ni sebenarnya mengandungi asid felonik yang berguna kepada tubuh badan manusia dan ia juga bertindak sebagai bahan antikanser, asma dan antitumor.. wow. Betapa besar khasiat madu kelulut ni. No wonder la serangga kecil ini ada di sebut di dalam Fiman Allah s.w.t  iaitu dalam Surah An-Nahl, yang mana lebah ni mengandungi penawar bagi pelbagai jenis penyakit.

Semoga dengan anjuran kursus seperti ini akan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran para belia dalam menternak dan menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Sepa tau kalau usaha berterusan boleh terus buka bisnes dari kecil-kecilan jadi besar-besaran. Who knows kan. Rezeki ada dimana2 Cuma masa dan tempat tu kita kena usaha la untuk realisasikannya.






P/s: bole tahan siap jadi liputan akhbar rupanya kursus ni. Apa2 pun tahniah diucapkan kepada para belia yang mengikuti kursus menternak madu kelulut ni